Get Well Soon Nur Iman Qistina

>> Friday, February 24, 2012

Tarikh : 24hb Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 07.00 pm
Lokasi : Klinik Ludher Seksyen 17, Shah Alam


Hari ni satu-satunya anak buah kesayangan Remy iaitu Nur Iman Qistina yang berusia 1 tahun 2 bulan 18 hari telah mendapat alergi, x pasti daripada makanan ataupun persekitaran tapi yang penting alergi hehehe...


Seluruh badan dan leher Qistina ditumbuhi sesuatu benjolan (macam kena sengat semut tapi sebenarnya bukan semut). Dan yang paling Remy kesian sebab hari ni Qistina tengah demam, batuk dan selesema, tambah lagi dengan alergi yang baru kena tadi lagi lah sengsara.


So pukul 07.00 pm tadi Remy teman abang Remy iaitu Mohd Ridzwan untuk bawa Qistina diperiksa oleh doktor di Klinik Ludher yang berlokasi di Seksyen 17, Shah Alam (tempat Remy dilahirkan 24 tahun yang lalu).


Di bawah ni adalah picture yang Remy snap semasa Qistina diperiksa oleh doktor.




Setelah diperiksa, doktor menjelaskan dengan lebih terperinci dan memberi senarai 4 jenis ubat yang perlu diambil di kaunter bayaran. Sambil menunggu ubat, Remy snap lagi sekeping picture. Walaupun sakit Qistina still ceria macam biasa, cuma ayahnya jer yang sedih (sekadar lakonan jer).



Setelah mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan, Qistina di bawa pulang untuk diberi ubat. Semoga cepat sembuh yer Qistina, uncle Remy sayang Qistina muahhh : D

Sekian...

Read more...