Gangguan Bekalan Air di Selangor & KL

>> Tuesday, March 13, 2012


Salam kengkawan semuanya...

Dilaporkan akan mengalami Gangguan Bekalan Air di Selangor dan Kuala Lumpur pada 14hb Mac 2012 bersamaan pada hari Rabu (esok).

Dimaklumkan lebih 1 juta penduduk Lembah Klang akan berhadapan dengan masalah bekalan air esok, ini ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 08.00 am (14hb Mac 2012) dan dijangka berakhir pada pukul 08.00 pm (15hb Mac 2012).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan PUSPEL di talian bebas tol
1-800-88-5252

Sekian...

Read more...