Hantar Rusydi ke Klang Sentral

>> Monday, March 26, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Ini adalah kisah semalam (25hb Mac 2012 - Ahad) tapi Remy baru berkesempatan untuk update pada hari ni (26hb Mac 2012 - Isnin).

Tarikh : 25hb Mac 2012 (Ahad)
Masa : 11.30 am - 12.30 pm
Lokasi : Klang Sentral Bus Station

Adik Remy iaitu Muhammad Rusydi yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah pulang ke rumah pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada 23hb Mac 2012 untuk merehatkan otak daripada jadual exam yang padat. Cuti x lama pun, hanya 2 hari dan perlu kembali ke UTP pada hari Ahad.

Untuk kembali ke UTP yang berlokasi di Perak, terdapat 2 cara iaitu samada menggunakan perkhidmatan keretapi laju (ETS) ataupun menggunakan perkhidmatan bas. Pilihan Rusydi adalah menggunakan perkhidmatan bas dan SE SUPER menjadi pilihannya.

Bas dijadualkan bergerak pada pukul 12.30 pm so kena sampai di lokasi pada pukul 12.15 pm, dan disebabkan Klang Sentral Bus Station agak jauh dari rumah kami so pukul 11.30 am kami memulakan perjalanan dari rumah.

Antara yang ikut ke Klang Sentral Bus Station adalah :

01. Remy
02. Rusydi
03. Nur Iman Qistina - semestinya ikut untuk memeriahkan lagi suasana
04. Nor Reizan (my mom)
05. Buchek (my dad)

Dan di bawah ni adalah antara picture yang telah Remy snap semasa dalam perjalanan ke Klang Sentral Bus Station.

Muhammad Rusydi bersama anak buah kesayangan, Nur Iman Qistina



My mom and my dad



Qistina ni pantang jer nampak orang tengah mengunyah, mesti datang dekat untuk turut serta mengunyah



Dan semestinya empunya Blog ni, Remy



Setelah beberapa puluh minit dalam kereta, akhirnya pada 12.10 pm kami berlima tiba dengan selamat di Terminal A Klang Sentral



Pantang lepas tangan, nak ikut cakap dia jer. Nak ke sana, ke sini, tapi wajib follow sebab keselamatan sekarang ni x pasti




Tepat 12.30 pm bas dah mula nak bergerak, so dah tiba masanya kami sekeluarga berpisah dengan Rusydi. Sampai UTP nanti mula lah stress balik nak baca semua buku yang serba serbi tebal, kalau Remy baca semua buku tu dah boleh masuk hospital mental agaknya...




My mom yang tengah sedih tapi mengawal perasaan sebab berpisah dengan anak kesayangannya, yang Qistina pula tengah tahan mengantuk



Setelah berpisah dengan Rusydi, kami berempat mula melangkah meninggalkan lokasi







Tiba-tiba Qistina menangis, maybe sebab dah terlalu mengantuk + lapar, ciannyer dia...




So x boleh ke lokasi seterusnya, kami berempat terus ke rumah untuk bagi Qistina makan dan tidurkannya. Petangnya baru ke lokasi seterusnya, nak tau sila ikuti entry seterusnya.

Sekian...

Read more...