Berkunjung ke kediaman Redza & Ema

>> Thursday, March 29, 2012

Salam kengkawan semuanya...

Entry ni adalah sambungan daripada entry "Mengemas rumah nenek di Pantai Dalam" yang telah Remy update semalam (Rabu - 28hb Mac 2012).

Tarikh : 25hb Mac 2012 (Ahad)
Masa : 06.50 pm - 07.25 pm
Lokasi : Seksyen 24, Shah Alam

Sesudah mengemas rumah nenek Remy di Pantai Dalam, Remy dan my mom terus menuju ke Seksyen 24, Shah Alam yang merupakan kediaman pasangan yang baru mendirikan rumahtangga iaitu abang Remy, Mohd Redza dan Ema Azuin.

Sampai di sana pada pukul 06.50 pm, kedatangan kami berdua disambut dengan ceria (thanks angah & Ema).



Sambil berborak dan bercerita panjang lebar, Remy snap picture di bawah ni untuk dijadikan bahan untuk mengupdate Blog ni.



Tak sangka masa berputar dengan begitu pantas, jam telah menunjukkan waktu 07.25 pm dan Remy bersama my mom terpaksa mengundurkan diri. Mudah-mudahan di lain waktu dan di lain hari dapat berkunjung ke sana lagi, walaupun dekat tapi susah nak dapatkan masa ke sana hehehe...

Anyway Ema, sedap jus mangga sampaikan Remy tambah 3 kali (habis terus satu jug, sorry).

Sekian...

Read more...