Wedding Pojie & Nemo (Pelabuhan Klang)

>> Sunday, April 8, 2012

Tarikh : 08hb April 2012 (Ahad)
Masa : 12.36 pm - 02.44 pm
Lokasi : Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang

Akhirnya, sahabat Remy yang telah Remy kenal dari zaman Bloggers lagi iaitu Pojie atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Bin Abdullah telah pun selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihannya iaitu Nemo Leman atau nama sebenarnya Zaihazra Bt Sulaiman pada 07hb April 2012 (Sabtu).

Pada hari yang indah ini Remy mengambil masa yang telah lama Remy nanti-nantikan iaitu ke majlis persandingan Pojie dan Nemo di Bandar Sultan Suleiman yang terletak di Pelabuhan Klang (belah pengantin perempuan).

Pada perancangan awal, Remy sepatutnya ke majlis persandingan antara Pojie dan Nemo di Pelabuhan Klang bersama Anis tetapi segalanya telah berubah pada saat-saat akhir kerana Anis mempunya masalah kenderaan.

Disebabkan perkara tersebut, Remy mengambil keputusan untuk menghubungi Kak Heze. Mana lah tau kalau-kalau boleh tumpang Kak Heze dan alhamdulillah Kak Heze sanggup menumpangkan Remy ke majlis persandingan antara Pojie dan Nemo di Pelabuhan Klang. So pada pukul 12.07 pm, Kak Heze bersama saudaranya iaitu Iela Ladyiela tiba di hadapan rumah Remy dan kami bertiga memulakan perjalanan ke rumah pengantin.

Tiba di rumah pengantin perempuan pada pukul 12.36 pm dan suasana telah pun meriah dengan dendangan lagu-lagu pengantin dan hidangan makanan yang sangat menyelerakan.

Sebelum masuk, seperti biasa masanya untuk snap picture dan di bawah ni adalah picture Kak Heze bersama Iela Ladyiela.



Meniru gaya pengantin, hehehe...



Pintu masuk...



Semasa melalui pintu masuk, tetamu yang hadir dihidangkan dengan beberapa picture Pojie dan Nemo yang disusun cantik.






Dan yang paling istimewa, ada guestbook...





Mula-mula yang lebih TUA dulu untuk mengisi guestbook, semestinya Kak Heze hehehe...





Dan kemudian yang kedua TUA iaitu Iela Ladyiela, jangan marah yer...





Dan yang terakhir iaitu yang paling MUDA, semestinya Remy tapi x der picture (picture kat Kak Heze)



Baru jer snap picture, Kak Heze terus edit and upload kat Facebook (sangat gegeh ini ahkak)



Suasana di bawah canopy, masing-masing tengah menjamu hidangan yang disediakan dengan tersangat seleranya. Remy, Kak Heze dan Iela Ladyiela setelah kekenyangan akhirnya melepak kat meja hadiah, merajinkan tangan untuk menyusun hadiah di atas meja.



Tiba-tiba hujan turun dan semasa hujan turun, pengantin lelaki pun tiba. Comel sangat tengok Pojie and rombongan lari-lari ke bawah canopy, dan setelah merehatkan minda dan badan akhirnya majlis diteruskan dengan pengantin lelaki dipertemukan dengan pengantin perempuan dan terus menuju ke pelamin untuk sesi tepung tawar (betul ker ni, ala yang renjis2 tu LOL).





Di bawah ni adalah picture semasa Pojie dan Nemo di atas pelamin...




Dan rakan-rakan yang sentiasa ada di sisi yang sedang melihat Pojie dan Nemo di atas pelamin, terasa sedih bercampur gembira.









Kita biarkan dulu pengantin yang sedang dipenuhi lensa kamera, so masanya untuk snap picture hehehe.

Apple and Kak Heze...




Fandey, Apple and Remy...



Kak Heze and Lee...



Lee and Remy (naper mata Lee camtu, hahaha semestinya sebab flash)



Kak Heze and customer nyer...



Kak Heze and Remy...



Puas bergambar, kembali semula kepada pasangan pengantin yang sedang makan beradab.





Disebabkan dah terlalu ramai yang hadir, maka kami bertiga mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan sebelum itu Kak Heze dan Iela Ladyiela ambil kesempatan yang ada untuk bergambar bersama pengantin, Remy semestinya x nak sebab sentiasa ada perasaan malu dan segan... LOL




Dan sebelum mengundurkan diri, sebuah tarian dipersembahkan.




Dan akhirnya, kami mengundurkan diri. Di pintu keluar, kami diberikan buah tangan yang sangat cantik.







Thanks untuk buah tangan yang cantik ni, i like...



Dalam perjalanan ke Shah Alam, kami singgah dulu ke Tutti Frutti untuk menyejukkan badan.






Tak sabar nak tunggu majlis persandingan di Muar pula pada 14hb April 2012 (Sabtu).

Sekian...

Read more...