Lepak at Hentian Maharani (Pasar Malam)

>> Friday, April 13, 2012

Tarikh : 13hb April 2012 (Jumaat)
Masa : 08.06 pm - 08.20 pm
Lokasi : Hentian Maharani, Muar

Setelah badan dibasahi peluh dan masing-masing penat bersenam, kami bertiga pulang ke hotel tempat kami bermalam iaitu Muar Traders Hotel. Disebabkan sebelah hotel ada pasar malam, so kami bertiga singgah sebentar untuk melihat apa-apa yang menarik.




Qila yang sedang shopping, berminat dengan beberapa jenis baju...




Remy pun tengah cuba samada sesuai dengan warna kulit Remy yg cerah ni hehehe...



Qila yang tengah pening "nak beli ker x baju ni" tapi akhirnya x beli (esoknya menyesal x beli hahaha...)



Disebabkan pasar malam tersebut baru buka dan x ramai lagi pengunjung yang datang, kami bertiga singgah ke 7 Eleven untuk membeli slurpee. Kat 7 Eleven ada satu tragedi yang x dapat dilupakan iaitu Nemo sangkakan kondom yang diletak di depan kaunter adalah chewing gum (siap picit-picit lagi and tengok perisa apa), apa lagi Remy dan Qila gelak sakan lah dalam 7 Eleven tu.

Sambil bergelak ketawa, kami bertiga berjalan kaki menuju ke hotel untuk merehatkan badan.

Sekian...

Read more...

Lepak at Tanjung Mas

Tarikh : 13hb April 2012 (Jumaat)
Masa : 07.18 pm - 07.50 pm
Lokasi : Tanjung Mas, Muar

Setelah kekenyangan makan di rumah Pojie di Taman Temiang Murni, kami bertiga singgah ke Tanjung Mas. Ke Tanjung Mas x dirancang, cuma ikut papan tanda sebab macam menarik jer nama tempat hehehe.

Sampai jer kat Tanjung Mas, kami bertiga terkejut dengan kehadiran keturunan monyet yang sangat banyak (ada atuk monyet, nenek monyet, mak monyet, ayah monyet, anak monyet, cucu monyet, cicit monyet dan segalanya dalam keturunan monyet).



Tiba-tiba ternampak alat senaman yang disediakan di Tanjung Mas, wahhh memang sesuai sangat lepas makan masanya untuk membakar semua lemak yang ada dalam badan masing-masing.

Qila dan Nemo (Qila nampak pendek kan ?)



Qila yang sedang berusaha gigih untuk merampingkan kembali pinggangnya...



Nemo pun sama, tapi baru 15 saat dah penat hahaha...



Remy yang paling lama bertahan, 15 minit bersenam tanpa henti hahaha...



Tengok tu, Nemo pun terkejut melihat tenaga Remy yang sangat kuat... LOL



Qila yang penuh kepura-puraan...



Qila dan Remy yang sedang membuat senaman kaki...



Remy yang sentiasa comel walau macam mana pun...



Qila yang sedang berusaha untuk buat muka comel tapi x menjadi...




Nemo yang sedang snap picture Remy, tengah bersenam pon nak snap picture (macam artis lah pula)



Qila yang sedang berposing gaya Mariah Carey dalam album E=MC2




Dan sekarang masanya untuk melompat lebih tinggi...




Time nak balik, Remy still membuat senaman dan kali ni senaman tangan. Lihatlah hasilnya, Remy kini memiliki tangan yang sangat digilai para wanita di luar sana...



Daripada kenyang terus jadi lapar, so masanya untuk beli jajan dan minuman dari uncle ni (thanks Nemo sebab sudi belanja kitorang, terharu rasanya).



Sekian...

Read more...

Singgah ke rumah Pojie

Tarikh : 13hb April 2012 (Jumaat)
Masa : 05.30 pm - 06.45 pm
Lokasi : Rumah Pojie, Taman Temiang Murni, Muar

Setelah merehatkan badan masing-masing, kami bertiga meneruskan perjalanan yang tidak dirancang iaitu ke rumah pengantin lelaki aka Pojie yang terletak di Taman Temiang Murni di Muar.



Tujuan ke rumahnya Pojie adalah untuk menyerahkan hadiah sempena perkahwinan Pojie dan Nemo Leman, tapi kami bertiga telah diundang masuk untuk makan. Disebabkan perut masing-masing dah kelaparan, undangan tersebut terus disapa (baru 1st time kat Muar, so x tau mana tempat makan yang sedap).



Inilah dia pengantin lelakinya, nampak sangat penat sebab banyak perkara yang perlu diuruskan.




Thanks Pojie kerana sudi melayan kerenah kami bertiga, family Pojie semuanya sangat peramah. Tak sangka untuk majlis persandingan esoknya segala lauk pauk di masak sendiri, sangat rajin ok...



Kami bertiga makan dengan penuh sopan santun, tapi akhirnya x dapat nak tahan dan perangai sebenar terbongkar hahaha...







Pengantin perempuan aka Nemo Leman pun kelihatan sangat penat sebab banyak kerja yang perlu diuruskan.




Akhirnya setelah kekenyangan, kami bertiga mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan sebelum tu Nemo dan Qila mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pasangan pengantin.



Terima kasih Pojie dan Nemo Leman serta family kerana sudi menerima kehadiran kami bertiga, raya akan datang Remy datang lagi k hehehe.

Sekian...

Read more...

Perjalanan ke Muar, Johor

Tarikh : 13hb April 2012 (Jumaat)
Masa : 08.30 am - 05.30 pm
Lokasi : Shah Alam, Selangor - Muar, Johor

Pukul 06.50 am Remy dah bangun dan bersiap-siap untuk memulakan perjalanan yang agak jauh iaitu ke Muar, Johor. Sebelum memulakan perjalanan, Remy harus mengambil Qila dan Nemo (Qila di Kampung Melayu Subang dan Nemo di De Palma Hotel Shah Alam) dan masa yang ditetapkan adalah pada pukul 08.30 am.

Tepat pukul 08.30 am, Remy memulakan perjalanan dan semuanya selesai pada pukul 10.00 am (lambat sebab macam-macam yang perlu diselesaikan) dan terus memulakan perjalanan ke Muar, Johor.



Pukul 11.30 am kami bertiga singgah di sebuah perhentian (x pasti pula apa nama perhentian ni hahaha...) untuk mengisi perut dan menu yang dipilih adalah Yong Tau Fu, agak kurang lah tapi habis juga sebab masing-masing dah lapar (x breakfast lagi).





Perut dah diisi makanan, perjalanan ke destinasi yang dituju diteruskan. Tapi seperti biasa, sebelum tu masa untuk snap picture...



Tepat pukul 01.10 pm kami bertiga selamat tiba di Tol Tangkak, masa ni masing-masing dah semangat sebab dah sampai Muar, Johor.







Tapi rupa-rupanya nak sampai ke kawasan ni jauh juga dari Tol Tangkak, pukul 01.40 pm baru selamat tiba di lokasi yang dituju. Tapi semuanya belum berakhir selagi x jumpa hotel tempat bermalam...





Dan akhirnya pada pukul 01.42 pm, hotel yang dicari-cari iaitu Muar Traders Hotel berjaya ditemui.




Dengan perasaan gembira, kami bertiga ke tingkat 6 untuk Check In. Bilik 1106 adalah untuk Nemo dan Qila manakala bilik 1109 adalah untuk Remy, kedua-dua bilik dapat melihat pemandangan indah muara.




Qila dari balkoni bilik 1106




Nemo dari balkoni bilik 1106




Remy pun nak juga, hehehe...



Seperti biasalah, mesti snap picture...






Pemandangan indah yang dapat dilihat dari bilik Remy (bilik 1109)













Masa untuk rehat diberi sehingga pukul 05.30 pm dan masanya untuk tukar pakaian...




Sekian...

Read more...