Hangout with Azzy

>> Saturday, April 21, 2012

Tarikh : 21hb April 2012 (Sabtu)
Masa : 02.30 pm - 05.00 pm
Lokasi : Sunway Pyramid & JJ 57 Bakers Seksyen 9, Shah Alam

Thanks to Faiz for iPod Touch (my birthday present - awal sebulan), love u so much. Disebabkan hadiah ni sangat bernilai, so perlu lah dijaga dengan rapi. Dengan adanya masa yang panjang di hari Sabtu ni, Remy ambil kesempatan yang ada untuk ke Machines by Apple bersama my lovely cousin iaitu Azzy untuk mendapatkan cover dan screen protector untuk iPod Touch baru Remy.

Memulakan perjalanan dari Shah Alam dan selamat tiba di Sunway Pyramid pada pukul 02.30 pm.



Sampai jer Sunway Pyramid, kami berdua terus masuk ke Machines by Apple untuk mencari cover dan screen protector untuk iPod Touch Remy. Tak sangka benda yang dicari ada dalam 1 pakej (buy 1 cover free 2 screen protector) dengan harga RM 138.00, memang mahal tapi puas sebab ori hahaha...



Dah dapat apa yang dicari, seperti biasalah kalau keluar x sah kalau x bergambar...






Tiba-tiba perut Remy dan Azzy berbunyi bagaikan ada rama-rama yang sangat cantik sedang berterbangan di dalam perut comel kami berdua. Yang ada dalam fikiran Remy masa tu hanyalah Ayam Penyet Ria, so tanpa melengahkan masa Remy dan Azzy terus menuju ke Ayam Penyet Ria untuk mengisi perut yang sedang kelaparan.

Antara menu yang Remy order adalah seperti berikut :

01. Ayam Penyet - 2
02. Udang Penyet - 1
03. Sup Rawon - 1
04. Milo Dinosaur - 2

So masa order, Remy minta nasi 2 untuk Remy dan Azzy makan bersama lauk pauk di atas tadi. Bila sampai jer menu yang dipilih, Remy terperanjat sebab ada 5 pinggan nasi putih. Terus Remy tanya akak indon kerek tu "Kak, saya order 2 nasi jer" then dia balas "adik order 2 nasi dengan 3 nasi untuk 3 lauk tadi". Remy terus terpinga-pinga sebab tahun lepas Remy order dia kira lauk and nasi asing tapi tiba-tiba tahun ni kira sekali 1 set.

Tak nak gaduh-gaduh sebab akak tu cakap x leh cancel, so Remy ambil jer semua tu and makan macam biasa (2 nasi x makan sebab on diet hahaha...). Tapi Remy still x puas hati sebab akak tu macam sengaja nak kenakan kitorang, dia sepatutnya bagi tau yang lauk tu sekali dengan nasi, tapi dia diam jer.




Azzy bersama Ayam Penyet...




Remy pun sama, nyum3x...



Tersedak, minum jab Milo Dinosaur aka Milo Tabur...



Setelah kekenyangan, Remy dan Azzy ke Giant Sunway Pyramid yang serba x ada. Ke sana untuk mencari bahan untuk Azzy membuat Cheesecake.



Disebabkan banyak bahan x ada kat Giant tu, Remy dan Azzy mengambil keputusan untuk pulang ke Shah Alam. Sambil berjalan kaki menuju ke parking, as usual lah semestinyer bergambar.





Sebelum terus balik ke rumah, singgah di JJ 57 Bakers Seksyen 9 Shah Alam untuk beli bahan Cheesecake yang x cukup lagi tadi.



Dalam kedai kek pun nak bergambar juga, Azzy belakang tu wat per ntah...



Azzy yang tengah mencari hiasan untuk dihiaskan diatas Cheesecake nanti.



Tepat pukul 05.00 pm, Remy terus hantar Azzy pulang ke Seksyen 17 Shah Alam dan terus Remy pulang ke rumah untuk merehatkan badan.

Sekian...

Read more...