IKEA with Qila

>> Saturday, April 28, 2012

Tarikh : 28hb April 2012 (Sabtu)
Masa : 11.00 am - 05.30 pm
Lokasi : IKEA Damansara

Salam kengkawan semuanya...

Sabtu yang indah, masa untuk keluar bersama kawan. Sabtu ni Remy pilih untuk ke IKEA yang berlokasi di Damansara, bukan hanya seorang diri tapi Remy ditemani Qila. Tujuan Remy ke IKEA hanyalah untuk membeli katil single.

Remy dan Qila memulakan perjalanan ke IKEA pada pukul 11.00 am dan selamat tiba di IKEA pada pukul 11.40 am.



Sampai jer kat IKEA bukannya cari barang yang diperlukan tapi Remy dan Qila terus menuju ke cafe untuk makan, almaklumlah dah tengahari dan dah sememangnya masa untuk lunch.
Antara makanan tengahari kami berdua adalah seperti di bawah ni, lupa lak nama hehehe...






Pukul 12.42 pm segalanya telah diproses masuk ke dalam usus dan tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu membeli barang keperluan.



Barang x dapat cari lagi tapi dah pelbagai gaya posing depan camera, tu lah masalah terbesar hari ni.






Tak sangka waktu berputar dengan pantasnya, pukul 03.30 pm barulah jumpa barang yang diperlukan dan segera bayar di cashier seterusnya proses untuk mendapatkan barang tersebut (kena lah tunggu dalam 5 minit camtu).



Pukul 04.00 pm kami berdua mula meninggalkan IKEA, x sangka masa yang diambil banyak tapi sikit jer barang yang dibeli hahaha.




Sebelum hantar Qila ke rumahnya kembali, Remy singgah ke rumah Remy dulu untuk ambil kek buatan tangan Remy sendiri iaitu Chocolate Indulgance untuk diberikan kepada Qila sebagai hadiah hari jadi tahun lepas yang x sempat Remy sambut hehehe...





Tak sangka Qila suka kek tu, dah bagi kek terus Remy hantar Qila ke rumahnya dan Qila selamat sampai pada pukul 05.30 pm. Thanks Qila sebab sudi teman Remy dan layan kerenah Remy ni, next time keluar lagi k.

Sekian...

Read more...