Menuju ke SSL Traders Hotel, Taiping

>> Saturday, June 2, 2012

Tarikh : 02hb Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 03.00 pm - 08.00 pm
Lokasi : Shah Alam - Taiping, Perak

Salam kengkawan semuanya...

Remy memulakan perjalanan dari Shah Alam ke Taiping, Perak pada pukul 03.00 pm. Disebabkan ni pertama kalinya Remy memandu ke utara, so kenalah drive slow-slow ibarat pesanan di signboard sepanjang perjalanan "pandu hati-hati, ingatlah orang tersayang".

Sepanjang perjalanan tersebut, Remy disajikan dengan pemandangan yang sangat indah seperti di bawah ni. Tak sangka pula kat semenanjung ni ada gunung ganang, tapi yang sedihnya semuanya dalam proses dihancurkan oleh manusia (dijadikan batu dan pasir).

Maaf sebab x banyak picture gunung ganang yang Remy snap sebab x dapat nak berhenti kat tepi highway tu, bila dah dapat berhenti x cantik lah pula angle so dua ni jer lah yang dapat Remy snap.




Disebabkan memandu selama 5 jam, x sah kalau Remy x mengunyah so Royal Pop Corn yang Remy beli di TGV Sunway Pyramid tadi lah yang menjadi mangsa kunyahan Remy.



Setelah 5 jam Remy memandu dari Shah Alam, akhirnya Remy selamat tiba di Taiping, Perak. Hotel tempat Remy menginap sepanjang di Perak adalah SSL Traders Hotel yang beralamat di :

No. 43, Jalan Medan Perwira Satu,
Medan Perwira, Kamunting, 34600,
Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 8080 000

Selesai jer proses Check In, Remy terus naik ke bilik untuk tengok cantik x bilik macam dalam website hehehe... 




Katil tempat Remy merehatkan badan yang sangat keletihan...





Disebabkan perut terlalu lapar (mana kenyang makan pop corn jer), so Remy order lah makanan untuk dinner. Sambil tunggu pesanan sampai, Remy seperti biasalah kan snap picture sendiri macam orang gila...














Tiba-tiba...

Wahhh suspens jer, tiba-tiba makanan yang Remy pesan tiba dengan cepatnya (ntah2 diorang panaskan jer hahaha...). Antara yang Remy pesan adalah seperti berikut :

01. Classic Chicken Chop - BBQ
02. Hot Chocolate
03. Apple Juice
04. Coca Cola





Tak cukup banyak ni, dah makan semua ni pun still lapar hahaha. Ingatkan nak order lagi tapi tahan jer lah, nanti orang ingat Remy ni kebulur pula. Selesai jer mengisi perut, Remy update lah Blogger ni (nasib baik Wi-Fi kat hotel ni laju, x macam hotel lain yang pernah Remy pergi semuanya slow nak mampus).

Lepas update ni Remy nak terus tidur, mengisi tenaga untuk aktiviti esok.

Sekian...

Read more...

Hangout with Wan

Tarikh : 02hb Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 am - 03.00 pm
Lokasi : Wan Telur Berlada, Kg Kuantan & Sunway Pyramid

Salam kengkawan semuanya...

Sempena wedding sahabat Remy iaitu Shamsul (Achoi) dan Soleha di Perak, Remy dijemput hadir dan sebelum memulakan perjalanan ke Perak, Remy breakfast dulu bersama Wan di Wan Telur Berlada yang berlokasi di Kg Kuantan, Klang (nama dah sama kan tapi Wan ni bukan tokey Wan Telur Berlada).

Tiba di Wan Telur Berlada pada pukul 10.00 am, kami berdua lah pelanggan pertama pada hari ni (ais pun belum sampai lagi, terpaksalah minum air panas).



Dah nama pun kedai Wan Telur Berlada, so kami berdua pesan lah Nasi Telur Berlada bersama air Milo panas dan Teh Tarik. Sementara menunggu pesanan tiba, x sangka Wan sempat gali lubang hidung hahaha (saja nak fitnah, padahal Wan tengah termenung).



Setelah beberapa ratus saat, akhirnya air minuman pun tiba dengan selamatnya tanpa tertumpah hahaha...




Wan dengan muka mengantuknya...



Remy pula dengan muka chubby nya...



Dan akhirnya yang dinanti-nantikan pun tiba iaitu Nasi Telur Berlada...




Wan yang x sabar-sabar nak menjamu tapi dihalang Remy sebab nak snap picture dulu...



Remy yang agak gedik di pagi hari, hahaha...




Setelah kekenyangan, Remy dan Wan ke destinasi seterusnya iaitu ke TGV Sunway Pyramid untuk menonton cerita baru iaitu Snow White (x lah baru sangat hahaha).


Best sangat cerita Snow White, x sangka dah 2 jam berlalu. Keluar jer dari pawagam, kami berdua terus ke kereta dan bergegas ke Klang untuk hantar Wan ke rumahnya. 




Dah hantar Wan dengan selamat, tibalah masanya untuk Remy memulakan perjalanan ke Perak.

Sekian...

Read more...