ZOO Taiping & Night Safari

>> Sunday, June 3, 2012

Tarikh : 03hb Jun 2012 (Ahad)
Masa : 09.00 am - 10.30 am
Lokasi : ZOO Taiping & Night Safari

Salam kengkawan semuanya...

Pagi yang indah di Taiping, Perak. Remy bangun seawal pukul 06.30 am dan x tau nak buat apa melainkan online Facebook di dalam bilik hotel. Pukul 07.00 am Remy mandi dan bersiap untuk ke ZOO Taiping & Night Safari untuk melihat keindahan alam semulajadi.



Pukul 08.00 am Remy ke tingkat bawah hotel untuk mendapatkan breakfast, cantik kan lobby hotel ni (kalaulah bilik Remy ada ruang untuk buat macam ni kan best).



Selesai breakfast dan tanpa melengahkan masa Remy terus memandu menuju ke ZOO Taiping & Night Safari. Sedih juga lah bila lalu pintu masuk ZOO Taiping & Night Safari ni sebab penuh dengan sampah sarap, tong sampah yang disediakan pun x terurus tapi perasaan sedih tersebut terus berubah menjadi teruja bila memasuki ZOO Taiping & Night Safari.



Di bawah ni antara haiwan yang sempat Remy tengok di ZOO Taiping & Night Safari :

Arapaima Gigas yang berasal daripada Sungai Amazon, Brazil.




Buaya Tembaga.




Monyet.



Rusa kot ni, lupa sudah nama dia.




Babi Hutan.



Beruang Matahari.




Rusa.



Bangau.



Burung apa ntah tapi boleh terbang.



Semestinya ni rabbit.



Flaminggo.



Zirafah.



Zirafah ni Remy suka sangat sebab dia asik ikut Remy jer, makin Remy dekat makin dekat dia datang.







Burung Unta.



Lembu, cantik kan tanduk lembu ni.



Rusa kot.



Burung apa ntah ni, x der info pasal burung ni.





Unta, unta ni sangat pengotor sebab dia ludah-ludah air liur euwww...





Harimau Belang.



Burung Kasawari.



Badak Sumbu.






Seladang, berkilat kan kulit seladang ni...





Gajah Malaysia, comel kan mak ngan anak gajah ni. 






Sejam lebih juga Remy dalam ZOO Taiping & Night Safari ni, macam-macam haiwan Remy tengok tapi x semua dapat snap picture sebab jarak yang menghalang (camera Remy ni mana ada lensa yang boleh zoom jauh-jauh tu).

Pukul 10.30 am Remy dah mula meninggalkan ZOO Taiping & Night Safari ni untuk meneruskan perjalanan dari Taiping ke Kuala Kangsar pula.

Sekian...

Read more...