Melawat Kak Heze

>> Wednesday, July 11, 2012

Tarikh : 11hb Julai 2012 (Rabu)
Masa : 05.30 pm - 07.30 pm
Lokasi : Sg Pinang Klang

Salam kengkawan semuanya...

Isnin lepas Remy dan kawan-kawan yang lain iaitu Qila, Nemo, Que, Iz dan Khai ada melawat Kak Heze yang telah selamat menjalani pembedahan membuang appendix yang pecah semasa trip ke Pulau Perhentian.

Hari ni Remy dan Qila ke rumah Kak Heze untuk melawatnya sekali lagi setelah dibenarkan pulang ke kediamannya di Sg Pinang Klang.

Perjalanan bermula pada pukul 05.30 pm, Remy dan Qila bertemu di Caltex seksyen 3 Shah Alam dan terus menuju ke Flora & Koleksi Meksu Sdn Bhd iaitu kedai bunga Kak Morni yang berlokasi di Kompleks PKNS untuk mengambil buah tangan yang telah Remy pesan khas buat Kak Heze.

Selesai ambil buah tangan untuk Kak Heze, Remy dan Qila memandu kenderaan masing-masing menuju ke rumahnya Kak Heze di Sg Pinang Klang. Hampir sejam lah juga sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas (masa nak buat u-turn depan Jusco Klang tu).

Pukul 06.22 pm Remy dan Qila selamat tiba di rumah Kak Heze dan seperti biasa sebelum apa-apa semestinya bergambar barulah boleh dinamakan putus fius.






Masuk jer dalam bilik Kak Heze terus ditegur oleh ibu (mamanya Kak Heze), tegurannya macam ni "Remy ker ni, naper makin sehat ni. Masa jumpa kat Muar x der lah sebesar ni". Oh my... Remy pun x perasan yg badan Remy dah naik hehehe.

Tengoklah Qila tu, khusyuk betul dengar perbualan Kak Heze.





Zaquan yang sangar merindui umminya hehehe...




Kak Heze yang sedang berbual bersama Qila.





Zaquan yang suka sangat posing depan camera, sama macam umminya.




Qila dan Kak Heze yang sedang bergosip, cakap pasal apa lah tu kan.





Hahaha si Zaquan ni makin lama makin banyak posing nya, so cute.




Gosip diteruskan dari saat ke minit dan dari minit ke jam hahaha...





Zaquan oh Zaquan, jadi model jom...




Gossip girl, pasal tu and pasal ni semua cerita hahaha.







Dah penat bergosip dan x nak kumpul dosa, masa untuk melihat X - Ray Kak Heze semasa di DEMC.








Selesai meneliti X - Ray Kak Heze, kami bertiga ke ruang tamu untuk minum minuman yang telah disediakan.




Si Qila ni memang geram betul dengan Zaquan sebab comel sesangat katanya.




Sebelum pulang, Qila mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar bersama ibu.




Pukul 07.30 pm Remy dan Qila mengundurkan diri untuk pulang ke rumah masing-masing, terima kasih ibu dan Kak Heze sebab bagi acar buah yang sangat sedap (kegemaran Remy sekeluarga).

Buat Kak Heze, cepat sembuh yer. Tak sabar nak berbuka puasa bersama-sama nanti.

Sekian...

Read more...