36th Bon Odori 2012

>> Saturday, July 14, 2012

Tarikh : 14hb Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 07.30 pm - 09.00 pm
Lokasi : Kompleks Sukan Negara, Shah Alam

Salam kengkawan semuanya...

Bon Odori... Pertama kali Remy dengar, tu pun dari Kak Farah yang sememangnya peminat setia Korea and Jepun. So untuk mengetahui apakah itu Bon Odori, Remy join Kak Farah and abang Remy aka Ridzwan bersama 2 adik Remy iaitu Farzana dan Rasydan dan semestinya ada Qistina.

Tiba di Kompleks Sukan Negara yang terletak di Seksyen 21 Shah Alam pada pukul 07.30 pm, x sangka ramai yang join sampaikan ada yang park kereta jauh kat Seksyen 19 Shah Alam.




Ridzwan bergambar di depan Kompleks Sukan Negara.




Masuk jer dalam, perghhh terkejut Remy. Ramainya manusia, ada yang makan, ada yang menari, ada yang membeli belah dan sebagainya.






Farzana, Rasydan dan Remy.




Kak Farah, Ridzwan dan Qistina.




Di pentas ni lah penari menari tarian Jepun, sangat meriah sebab semua yang berada kat sekeliling pentas tu pun turut sama menari.




Kak Farah bersama Qistina.




Remy yang berlatarbelakangkan Farzana, hahaha penyibuk...




Kebanyakan yang datang pakai pakaian kebudayaan Jepun ni, pakaian ni dinamakan Yukata. Cantik kan ?




Tengoklah betapa ramainya manusia.




Dari kiri : Rasydan, Qistina, Kak Farah, Ridzwan dan Farzana.





Tengoklah betapa khusyuknya Qistina, mesti dia tergamam hahaha.






Remy yang sedang record video tarian Jepun.







Semua turut ikut menari, sama jer step (macam mana diorang leh tau step erk ?)









Seperti biasa, masa mencemburui kita. Tak sangka dah pukul 08.30 pm, so bersedia untuk balik. Dalam perjalanan keluar tiba-tiba Remy tertarik dengan seorang budak ni, bukan Remy jer tapi ramai lagi yang tertarik dengan budak ni sebab dia pakai Yukata and nampak comel sesangat.





Selamat tinggal Bon Odori.




Sebelum balik, singgah dulu beli air tebu untuk menghilangkan dahaga.




Tengoklah Qistina, dahaga yang teramat sangat sampaikan kiri kanan dihulurkan air tebu.






Akhirnya pada pukul 09.00 pm baru kami semua keluar dari Komples Sukan Negara dan menuju ke kereta yang agak jauh, rasa-rasanya 2 km jauhnya tapi x per asalkan berpeluh hahaha.

Sekian...

Read more...