Iftar at Empire Shopping Mall

>> Wednesday, August 8, 2012

Tarikh : 08hb Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 07.55 pm - 10.38 pm
Lokasi : Ole Ole Bali, Empire Shopping Mall

Salam kengkawan semuanya...

Sila ke FB Remy untuk melihat picture yang berkaitan dengan entry ini.

..........

Biasanya berbuka puasa di luar kena booking dulu tempat duduk tapi kali ni x sebab Remy dan Nadiah memulakan perjalanan ke lokasi pada pukul 07.55 pm dan kami berdua selamat tiba di lokasi pada pukul 08.15 pm. Sampai jer Empire Shopping Mall terus menuju ke tempat berbuka puasa iaitu Ole Ole Bali.

Lupa pula apa yang Remy order untuk berbuka sebab nama makanan pelik-pelik tapi yang Remy ingat Es Avocado atau dalam bahasa Indonesia Es Alpukat sebab tu jer yang paling Remy suka hahaha.

Tak banyak sangat komen yang perlu diberi sebab makanan kat Ole Ole Bali ni memang superb sedap, rasa semua cukup sempurna. Sambil makan, Remy dan Nadiah menilai setiap inci rasa makanan tersebut (dah macam juri ada juga).

Selesai jer makan, Remy minta bungkus 1 cumi cumi goreng atau dalam bahasa Malaysia sotong goreng tepung untuk sahur nanti sebab itu adalah yang paling sedap bagi Remy hehehe.

Dah dapat cumi cumi goreng, Remy dan Nadiah terus memulakan perjalanan pulang pada pukul 09.55 pm dan kami berdua tiba di Kg Melayu Subang (rumah Nadiah) pada pukul 10.15 pm. Di sini Remy luangkan masa sebentar bermain dengan kucing peliharaan Nadiah yang diberi nama B.

Daripada cerita yang Nadiah cerita, B ni adalah kucing jumpa then dibela oleh Nadiah (baik kan my cousin ni, hehehe).

Disebabkan jam dah menunjukkan pukul 10.38 pm maka Remy terpaksa mengundurkan diri untuk pulang ke rumah. Next time nak bawa kengkawan Remy berbuka or dinner kat Ole Ole Bali, sedap sesangat.

Sekian...

Read more...