Iftar at SOGO, Kuala Lumpur

>> Saturday, August 11, 2012

Tarikh : 10hb Ogos 2012 (Jumaat)
Masa : 06.00 pm - 01.00 am (11hb Ogos 2012 - Sabtu)
Lokasi : SOGO, Kuala Lumpur

Salam kengkawan semuanya...

Sila ke FB Remy untuk melihat picture yang berkaitan dengan entry ini.

..........

Harini Remy berbuka puasa di SOGO Kuala Lumpur dan lokasi berbuka yang menjadi pilihan adalah di Nando's. Antara yang turut serta adalah :

01. Remy
02. Kak Heze
03. Qila
04. Rhuddy

Masing-masing bergerak naik KTM dari tempat masing-masing dan waktu yang ditetapkan untuk memulakan perjalanan ke KTM adalah pada pukul 06.00 pm dan lokasi yang ditetapkan untuk berkumpul adalah di stesyen Bank Negara.

Yang pertama sampai adalah Qila iaitu pada pukul 06.29 pm, yang kedua adalah Remy iaitu pada pukul 06.57 pm dan Kak Heze yang terakhir sampai dan terpaksa ditinggalkan atas permintaan Kak Heze sendiri (takut terlambat berbuka hahaha). Rhuddy memang dah sampai awal kat stesyen Bank Negara sebab office kat sebelah jer, cisss...

So Remy, Qila dan Rhuddy memulakan perjalanan dari stesyen Bank Negara menuju ke SOGO tanpa Kak Heze. Tiba di SOGO, kami bertiga terus menuju ke Nando's sebab azan akan berkumandang pada bila-bila masa jer. Thanks to abang angkat Remy (Alan Razlan) sebab tolong booking kan dan order makanan hehehe. Time ni sempat lagi Rhuddy dan Qila (pasangan serasi) beli kek dan hadiah untuk birthday Kak Heze Isnin lalu.

Menu pilihan untuk berbuka adalah seperti berikut :

4 Set 1/4 Chicken with 2 Sidelines (Peri Corn & Old Style Chips)
1 Set Espetada with 2 Sidelines (Peri Corn & Old Style Chips)
1 Litre Citra
2 Sparkling Apple
2 Madeira Red

Azan Maghrib berkumandang menandakan dah tiba masanya untuk berbuka, seteguk air dan beberapa kentang goreng menjadi makanan berbuka kami bertiga sementara menunggu ketibaan Kak Heze.

Akhirnya pada pukul 07.51 pm Kak Heze tiba dengan selamatnya di Nando's, sampai-sampai jer terus minum almaklumlah penat berjalan jauh dari stesyen Bank Negara menuju ke SOGO Kuala Lumpur ni.

Dah ada Kak Heze so boleh lah makan bersama-sama, sambil makan bergosiplah seperti biasa. Pada pukul 08.23 pm kek diletak diatas meja, terkejut Kak Heze + gembira. Nak nyanyi lagu birthday malu sebab ramai sangat orang hahaha, nak nyanyi lagu raya pula takut orang cakap kitorang ni sewel so terus potonglah kek tu.

HAPPY BIRTHDAY KAK HEZE !!!

Selesai celebrate birthday Kak Heze pada pukul 08.36 pm dan terus bersiar-siar di dalam SOGO manalah tau ada yang minat boleh terus beli tapi sedih sebab x ada satu pun yang minat hehe (x banyak pilihan).

Pukul 09.00 pm kami berempat keluar dari SOGO menuju ke Jalan TAR, di Jalan TAR ni lah baru bermulanya shopping time. Masing-masing beli kerongsang, yang perempuan beli untuk diri sendiri manakala yang lelaki pula belikan untuk ibunda tersayang.

Dah puas shopping kerongsang, shopping tudung pula. Si Qila minat betul dengan tudung koyak rabak, Kak Heze pula sibuk cari tudung untuk ibunda dan mak mertua manakala Rhuddy pula sibuk cari tudung untuk ibundanya yang tersayang.

Pukul 09.45 pm masing-masing dah penat, tiba masanya untuk merehatkan badan dan pilihan kami berempat adalah di McDonalds di dalam SOGO. Di sini kami berempat menghabiskan masa bersama-sama selama sejam iaitu sehingga pukul 10.45 pm dan disebabkan last train pada pukul 11.00 pm so terpaksalah kami bertiga (Remy, Kak Heze dan Qila) berpisah dengan Rhuddy di LRT Bank Negara.

Setelah berpisah dengan Rhuddy, kami bertiga terus menuju ke stesyen Bank Negara untuk mendapatkan train. Malangnya train ke Pelabuhan Klang tertunda sehingga pukul 11.42 pm, time ni masing-masing dah merungut sebab terpaksa menunggu lama. Janji tinggal janji, katanya train akan sampai pada pukul 11.42 pm tapi sampai pada pukul 12.10 am (last train).

Sampai jer train terus masuk dan rehatkan badan, dalam fikiran time ni macam manalah kereta takut kena pecah hehehe. Yang pertama tiba di destinasi adalah Qila iaitu di stesyen Subang Jaya, yang kedua adalah Remy iaitu di stesyen Shah Alam dan yang terakhir adalah Kak Heze iaitu di stesyen Klang (rasa macam sama jer urutan masa pergi hahaha).

Remy selamat tiba di rumah pada pukul 01.00 am, rasa seram sejuk jer nak lalu kawasan rumah Remy sebab gulap gelita (takut tiba-tiba muncul Suzanna hahaha).

Sekian...

Read more...