Saloma Biopic

>> Wednesday, September 17, 2014

Salam kengkawan semuanya...

Sempena sambutan Hari Malaysia yang berlangsung pada 16hb September (semalam), tiba-tiba tangan menggatal nak langgan "Saloma" biopic kat AstroFirst channel 480. Remy ni walaupun peminat setia Mariah Carey tapi minat juga lagu-lagu klasik, so teringin juga nak tau macam mana lah kehidupan Biduanita Negara kita ni.

























Ok, dia ada 2 bahagian tau iaitu :
01.  Saloma : Bahagian 1 - Mencuri Guruh
02.  Saloma : Bahagian 2 - Pandang Kaseh

Bahagian 1 menceritakan tentang kehidupan Saloma semasa kecil, perceraian ibu bapanya sehinggalah bertemunya Saloma dengan AR Badul.

Bahagian 2 pula menceritakan tentang pertemuan Saloma dengan P. Ramlee sehinggalah meninggalnya P. Ramlee, ditunjukkan betapa sayangnya Saloma terhadap P. Ramlee hingga ke akhir hayatnya hanya teringatkan P. Ramlee.

Ok, ni adalah ayat yang Remy post di instagram Remy semalam :

"Watching Saloma at AstroFirst : Sedih pula rasanya, tak sangka kehidupan Biduanita Negara kita sebenarnya tak semewah yang disangka dan dipenuhi pelbagai dugaan "

Al - Fatihah buat arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma aka Puan Sri Salmah Binti Ismail, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh aminnn...

22 Januari 1935 - 25 April 1983

Sekian...

0 comments:

Post a Comment