Teater "SUPERMOKH" sebuah muzikal restaging

>> Sunday, September 14, 2014

Salam kengkawan semuanya...

Penat ni baru sampai rumah, gigih nak update blog nak share ngan kengkawan semua yang tadi Remy bersama dua cousin Remy iaitu Nadiah dan Marziah dah pergi tengok teater "SUPERMOKH" sebuah muzikal restaging tadi. 



Teater "SUPERMOKH" sebuah muzikal restaging ni dinaung oleh DYMM Sultan Selangor.

Diarahkan oleh :
Hans Isaac
Harith Iskander

Pengarah Muzik :
Michael Veerapen

Penulis Lirik :
Adlin Aman Ramli

Dibintangi oleh :
Awie
Maya Karin
Rashidi Ishak
Douglas Lim
Dina Nadzir
Radhi Khalid
Chi Ho
Oliver Johanan
Clarence Kuna

Pementasan bermula dari 08 - 21hb September 2014 dan tiket boleh didapatkan terus di kaunter Istana Budaya atau boleh beli melalui online di www.ticket2u.biz atau melalui hotline di talian 03 4147 8600.

Ok...

Nak cerita pasal tadi, Remy bersama dua cousin (Nadiah & Azzy) ke Istana Budaya pada pukul 01.30pm dan sampai di Istana Budaya pada pukul 02.10pm. Masuk jer terus menuju ke kaunter tiket untuk menuntut tiket yang telah dibeli melalui online, tiba2 kami disergah oleh Wawa aka Azwa Muhamad (family JK1M) nasib baik lah xder lemah semangat kalau x dah lama dah arwah hahaha.

Sayangnya seat kami bertiga dengan Wawa x sama sebab kami bertiga duduk di seat STALLS D12, D13 dan D14. Seperti biasa sebelum teater bermula lagu NEGARAKU dinyanyikan dan semua diminta untuk berdiri, Remy seperti biasalah lips sync hahaha...

Sepanjang teater "SUPERMOKH" sebuah muzikal restaging Remy tahan jer perasaan sebab agak sedih juga lah, nak nangis x macho lak nanti so tahan jer sampai lah habis.

Nak dipendekkan cerita bila dah habis tu tunggu lah juga kat depan tu mana lah tau Maya Karin or Dina Nadzir ada tapi hampa semua x keluar hahaha so pandanglah ke bawah tiba2 ternampak macam seseorang yang Remy kenal.

Eh...

Pojiepooh aka Pojie and wife Nemo Leman pun ada lah, kecil sungguh dunia ni kan so apa lagi mestilah selfie kan untuk upload kat instagram hehehe...

Anyway Remy sangat berpuas hati untuk teater "SUPERMOKH" sebuah muzikal restaging ni, ni adalah teater kedua yang Remy tonton untuk tahun 2014 ni setelah teater "DI BAWAH LINDUNGAN KA'ABAH".

Kengkawan boleh lah tengok gambar-gambar yang telah Remy snap tadi semasa teater "SUPERMOKH" dan teater "DI BAWAH LINDUNGAN KA'ABAH" dengan klik nama teater okay.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment