Mariah Carey "The Elusive Chanteuse Show" Kuala Lumpur

>> Thursday, October 23, 2014

Salam kengkawan semuanya...

Mariah Carey (The Elusive Chanteuse Show) nama diberi, itulah nama bagi tour penyanyi kesayangan Remy iaitu Mariah Carey yang telah mengadakan konsert di Kuala Lumpur semalam (22 Oktober 2014 : Rabu).

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Mariah Carey datang ke Malaysia. Apa lagi VVIP seat lah jawabnya haha, tapi x der lah dekat sangat sebab time beli tiket dah sampai Row 11 and dapat seat 42 dan 43 (jadi lah daripada x dapat seat, dapat lah juga tengok Mariah Carey walaupun sebesar sejengkal jer).

Di bawah ni Remy ada lah dapat snap gambar secara curi-curi, pelik betul sebab konsert tak dibenarkan ambil gambar and video (tak pernah dibuat orang, Malaysia jer yang boleh buat. Dah macam pergi muzium jer datang tengok tak boleh buat kenangan puihhh, nasib baiklah Mariah Carey baik hati suruh snap gambar dia terbaik lah MC).
































Walaupun persembahan start lambat (patutnya start 08.00pm tapi disebabkan hujan tak berhenti akhirnya start 09.15pm), sepanjang persembahan Remy hanya mampu tersenyum lebar jer sebab akhirnya sepanjang hidup dapat juga tengok persembahan Mariah Carey secara live biasanya tengok kat YouTube jer.

Di bawah ni adalah senarai lagu yang dinyanyikan Mariah Carey sepanjang persembahan beliau di Kuala Lumpur semalam :

01. 110th st
02. Fantasy
03. Touch My Body
04. Shake It Off (No Intro)
05. Emotions (Extended Outro)
06. Cry
07. Fly Like A Bird
08. Lullaby of Birdland
09. My All
10. Heartbreak / Beautiful
11. That Chick (Band Intros)
12. Honey
13. I'll Be There
14. Thirsty
15. Meteorite (Dance Intro)
16. Hero
17. Supernatural
18. We Belong Together
19. Encore : Always Be My Baby

Dan di bawah ni adalah video yang paling Remy suka sebab direkod oleh Remy sendiri, antara banyak-banyak video yang Remy record ni lah yang paling cantik and paling dekat. Nasib baik lah Mariah Carey panggil suruh yang VVIP seat ke depan pentas, sayang Mariah Carey ketat-ketat.

Untuk gambar sepanjang persembahan boleh lah ke link ini dan untuk video yang telah Remy record boleh lah ke link ini.


Sekian...

Read more...

Teater P. Ramlee The Muzikal

>> Monday, October 13, 2014

Salam kengkawan semuanya...

Semalam (12hb Oktober 2014) bersamaan pada hari Ahad, Remy bersama Marziah dan Fadhilah telah ke Istana Budaya untuk menonton teater "P. Ramlee The Muzikal" yang berlangsung pada pukul 03.00 petang (tapi start 03.20 petang sebab tunggu orang kenamaan kot).

















Gambar di atasTiket kami, duduk di Stalls D12, D13, D14

















Gambar di atas : Antara yang disediakan untuk dijadikan sebagai kenangan

















Gambar di atas : Pemandangan dalam panggung teater Istana Budaya

















Gambar di atas : Dari kiri adalah Fadhilah (adik Remy), Remy dan Marziah (sepupuku)

















Gambar di atas : Sebelum teater "P. Ramlee The Muzikal" dimulakan

..........

Sepanjang teater "P. Ramlee The Muzikal" berlangsung, Remy terbawa-bawa dengan cerita yang disampaikan. Memang terbaik lah barisan artis yang membawa watak dalam teater ni, penuh penghayatan dan seolah-olah Remy tengok macam depan Remy ni orang yang sebenar dan bukannya lakonan.

















Gambar di atas : Teater berakhir pada pukul 06.30 petang (3 jam)

















Gambar di atas : P. Ramlee (Tony Eusoff) bersama 3 isterinya iaitu Junaidah (Perkahwinan Pertama), Norizan (Perkahwinan Kedua) dan Saloma (Perkahwinan Ketiga / Terakhir)

Untuk gambar-gambar yang selebihnya, sila ke link ini (klik pada link)

Sekian...

Read more...

Kena Tipu

>> Thursday, October 9, 2014

Salam kengkawan semuanya...

Harini Remy nak share satu kes tipu yang terjadi kat batang hidung Remy sendiri, biasanya dengar orang lain yang kena so boleh lah nasihat kat dia tapi bila kena diri sendiri rasa berapi lah pulak hahaha.

Cerita dia bermula pada 30hb Ogos 2014, Remy ada order lakaran gambar arwah nenek Remy iaitu Solamah Binti Manaf tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Alasan dia berulang-ulang macam tu jer, malas pulak nak cerita details so kengkawan baca jer lah kat screenshoot bawah ni hehehe.










Read more...