Afgan - Bukan Cinta Biasa

>> Monday, September 8, 2014



Picture di bawah ni Remy tujukan kepada yang merindui Remy, maaf sbb x der pic arini (muka berminyak dan lesu, hehe...)
Dah dua hari Remy x mengupdate Blog Remy ni disebabkan kesibukan yg melanda Remy sejak 25 Mei 2009 yg lalu. Ni merupakan kali pertama Remy merasakan pengalaman bekerja (praktikal), terasa teramatlah penat dan letih tapi apa nak buat sebab dah memang ni tanggungjawab Remy sebagai seorang pelajar yg memiliki wawasan (wah mula dah berangan and syok sendiri ni). Dalam tempoh 4 hari Remy bekerja ni banyak yg telah Remy pelajari dari Abang Mat (my boss) dan isterinya (Kak Ani) serta 3 orang kawan sekerja Remy iaitu Achoi, Fahmie dan Muz. Rasa penat bekerja Remy bertukar kepada senyuman manis setiap kali mendapat message dari Si Dia, dia lah semangat Remy yg membuat Remy terus bertahan. I Love You
Ada satu lagu yang paling bermakna bagi Remy yg ingin Remy kongsikan bersama pembaca dan kengkawan semua dan yang paling penting buat seseorang yg sentiasa berada di hati Remy. Lagu ni bertajuk Bukan Cinta Biasa nyanyian Afgan, Remy baru dapat tahu tentang lagu ni daripada Si Dia pagi tadi dan sampai jer rumah tadi (dalam pukul 8.20 pm) Remy terus download. Bila dengar jer lagu ni, rasa penat bekerja tadi terus hilang dan Remy hampir-hampir menangis disebabkan makna lagu ni yg terlalu mendalam. Terimalah lagu ni :

Afgan - Bukan Cinta Biasa

Read more...

Practical on 25th May...



Wah, buang tebiat ker apa Remy ni tetiber wat entry yg bertajuk omputeh ni?. Sebenarnya Remy nak berkongsi dengan kengkawan semua tentang hari yang paling bermakna bagi Remy iaitu hari pertama Remy praktikal.

Hari ni, 25 Mei 2009 (Isnin), Remy ke sesuatu lokasi untuk melaksanakan tugas Remy sebagai seorang pelajar iaitu praktikal. Lokasi tempat Remy praktikal hanya diketahui oleh insan tersayang (my love) dan family Remy, dirahsiakan kerana Remy x nak diganggu oleh paparazzi (cewwah, perasannya aku...).

Kerja Remy bermula pada pukul 10.00 am dan berakhir pada 7.00 pm (setiap hari kecuali Ahad) tapi tadi Remy datang pukul 11.20 am sebab memang dah janji dengan En Ahmad (my boss) jumpa pukul 11.30 am untuk diberi taklimat, hehe...
Dua benda ni (borang praktikal & buku log) yg wajib Remy bawa pada hari ni, buku log pula harus dibawa setiap hari untuk menulis perkara yg dilakukan pada hari tersebut (Remy paling malas menulis, huh...)
Hari pertama Remy praktikal, dengan pakaian yg simple dan kemas. Hari ni Remy x sempat nak breakfast dan lunch, x tau kenapa selera makan x der (terasa kenyang jer sepanjang hari ni). Maybe Remy terasa kenyang disebabkan cuaca yg x berapa panas dan perasaan rindu pada seseorang tu (my love), hehe...


PENGUMUMAN...
Disebabkan Remy dah mula praktikal, dengan ini Remy ingin membuat pengumuman bahawasanya mulai 25 Mei 2009 hingga 15 Ogos 2009, Remy tidak dapat membuat temu janji dengan sesiapapun kerana Remy sekarang tengah praktikal dan tidak diberi cuti kecuali Ahad. Pada hari Ahad Remy hanya mahu meluangkan masa dengan insan tersayang, love you sayang, mmuahhh...

Read more...