Kek Batik

>> Tuesday, September 9, 2014






Salam kengkawan semuanya...

Setelah setahun (1 tahun) akhirnya Remy merajinkan diri untuk membuat Kek Batik untuk kawan-kawan tersayang yang telah lama mengidamkannya terutama makcik kat atas tu aka my best friend Kak Heze Suze tersayang.

Ok...

Entry ni bukannya nak story pasal pertemuan kami berdua tadi (09.09.14 / 09.00am) tapi nak share resepi Kek Batik ni, cara membuatnya amatlah mudah dan bahan-bahannya amatlah senang untuk dicari (ada di sekeliling anda).

Bahan-bahan untuk membuat Kek Batik adalah seperti di bawah ni, kuantiti bahan yang Remy share ni adalah untuk membuat 1 loyang besar (seperti di dalam gambar).

01.  400 gram milo
02.  8 sudu makan serbuk koko (Remy guna Van Houten)
03.  2 sudu teh esen vanilla
04.  2 tin susu
05.  10 biji telur ayam
06.  300 gram butter
07.  500 gram biskut marie

Ok...

Bila bahan-bahan semua dah siap kenalah start buat kan, kalau tak buat tak akan siaplah kan hahaha. Kat bawah ni adalah cara-cara untuk membuat Kek Batik.

01.
Campurkan (milo + serbuk koko + esen vanilla + susu + telur ayam) ke dalam kuali, jangan buka api lagi tau sebab kena kacau dulu sampailah semuanya sebati barulah buka api.

02.
Kacau sebatian tadi di atas api yang sederhana hinggalah menjadi padat (jangan buka api besar sangat sebab nanti hangus)

03.
Bila dah padat dan otot tangan dah membesar aka sado baru lah letak butter yang telah dipotong dadu dan kembali gaul hinggalah butter tu mencair dan sebatian tadi menjadi berkilat

04.
Tutup api dan letakkan biskut marie (kalau nak letak biskut tiger pun boleh tapi tak tau lah apa rasanya sebab belum cuba lagi hehe), gaul hingga sebatian tadi memenuhi semua biskut. Jangan risau kalau biskut patah sebab nanti nak tekan juga, tak yah nak cantik-cantik sangat sebab orang zaman sekarang pandang dalaman bukannya luaran haha larikkk...

05.
Lupa lak nak bagi tau, kena siapkan loyang yang telah dibalut kertas timah di bahagian dalamnya dan disapu butter supaya Kek Batik tak melekat.

06.
Tuangkan sebatian Kek Batik yang telah siap dan sedia untuk ditekan bagi padat, bila dah padat ratakan bahagian atas Kek Batik menggunakan spatula supaya permukaan Kek Batik kita berkilat dan licin.

07.
Tunggu beberapa jam hingga Kek Batik sejuk dan masukkan dalam peti sejuk (tunggu semalaman) dan sedia untuk dihidang untuk diri sendiri / rakan-rakan / keluarga.

Mudah-mudahan korang suka lah yer resepi Kek Batik ni, kalau sedap boleh lah share kat orang lain and kalau tak sedap tu diam-diam jer.

Sekian...

Read more...