Mariah Carey "The Elusive Chanteuse Show" Kuala Lumpur

>> Thursday, October 23, 2014

Salam kengkawan semuanya...

Mariah Carey (The Elusive Chanteuse Show) nama diberi, itulah nama bagi tour penyanyi kesayangan Remy iaitu Mariah Carey yang telah mengadakan konsert di Kuala Lumpur semalam (22 Oktober 2014 : Rabu).

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Mariah Carey datang ke Malaysia. Apa lagi VVIP seat lah jawabnya haha, tapi x der lah dekat sangat sebab time beli tiket dah sampai Row 11 and dapat seat 42 dan 43 (jadi lah daripada x dapat seat, dapat lah juga tengok Mariah Carey walaupun sebesar sejengkal jer).

Di bawah ni Remy ada lah dapat snap gambar secara curi-curi, pelik betul sebab konsert tak dibenarkan ambil gambar and video (tak pernah dibuat orang, Malaysia jer yang boleh buat. Dah macam pergi muzium jer datang tengok tak boleh buat kenangan puihhh, nasib baiklah Mariah Carey baik hati suruh snap gambar dia terbaik lah MC).
































Walaupun persembahan start lambat (patutnya start 08.00pm tapi disebabkan hujan tak berhenti akhirnya start 09.15pm), sepanjang persembahan Remy hanya mampu tersenyum lebar jer sebab akhirnya sepanjang hidup dapat juga tengok persembahan Mariah Carey secara live biasanya tengok kat YouTube jer.

Di bawah ni adalah senarai lagu yang dinyanyikan Mariah Carey sepanjang persembahan beliau di Kuala Lumpur semalam :

01. 110th st
02. Fantasy
03. Touch My Body
04. Shake It Off (No Intro)
05. Emotions (Extended Outro)
06. Cry
07. Fly Like A Bird
08. Lullaby of Birdland
09. My All
10. Heartbreak / Beautiful
11. That Chick (Band Intros)
12. Honey
13. I'll Be There
14. Thirsty
15. Meteorite (Dance Intro)
16. Hero
17. Supernatural
18. We Belong Together
19. Encore : Always Be My Baby

Dan di bawah ni adalah video yang paling Remy suka sebab direkod oleh Remy sendiri, antara banyak-banyak video yang Remy record ni lah yang paling cantik and paling dekat. Nasib baik lah Mariah Carey panggil suruh yang VVIP seat ke depan pentas, sayang Mariah Carey ketat-ketat.

Untuk gambar sepanjang persembahan boleh lah ke link ini dan untuk video yang telah Remy record boleh lah ke link ini.


Sekian...

Read more...